Millionaire Follow Through Secrets

Ramai orang yang menyertai bisnes network marketing secara part-time, dan masih bekerja makan gaji secara full-time. Selalunya, agent yang baru sahaja join akan mempunyai semangat yang tinggi, tetapi tiada masa yang banyak untuk melakukan bisnes baru.

Jadi, hari ini mari kita lihat 4 perkara penting yang akan menjanjikan kejayaan di dalam bisnes network marketing anda. Bila masa anda terhad, fokuskan diri anda untuk perkara-perkara berikut sahaja. Jangan leka dengan perkara-perkara yang sebenarnya tidak menyumbang ke arah pembangunan pasukan network marketing anda. Tunjukkan pasukan agent anda perkara yang sama supaya proses duplikasi berlaku.

Latih Agent Baru

Hubungi agent yang anda baru sponsor/taja sejurus sahaja selepas mereka sign-up. Gunakan telephone,jangan bergantung kepada email sahaja. Perkara ini sangat penting kerana mereka memerlukan dorongan dan panduan untuk mereka memulakan bisnes ini dengan betul. Janganlah hanya sponsor orang sahaja dan terus beralih ke prospek yang lain. Luangkanlah sedikit masa untuk melatih dan membantu agent anda.

Hubungi Prospek Anda

Kekalkan hubungan dan rajin-rajinkan diri untuk follow up prospek anda. Bantu mereka untuk memahami bisnes anda dan bagaimana mereka boleh menerima manfaat darinya. Gunakan email untuk memberitahu perkara-perkara asas tentang bisnes ini, tetapi pastikan anda gunakan telephone juga untuk menghubungi mereka. Ada sentuhan peribadi bila kita hubungi seseorang di talian dan ia tak boleh dicapai melalui email.

Tanamkan Kepimpinan Dalam Pasukan Anda

Support dan tanamkan semangat kepimpinan dalam pasukan anda. Setelah selesai membantu agent anda untuk memulakan bisnes ini, tunjukkan bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin di dalam group mereka sendiri. Tunjukkan kepada mereka cara-cara untuk melatih agent2 mereka, seperti mana yang anda lakukan. Jika anda gagal berbuat demikian, pasukan anda tidak akan berkembang sepantas mana yang anda inginkan.

Perbaiki Kemahiran Anda

Luangkan sedikit masa untuk pembangunan kendiri. Inilah satu perkara yang anda boleh lakukan di masa terluang anda. Contohnya, jika anda menaiki kenderaan untuk ke tempat kerja, dengarlah CD atau MP3 dari speaker-speaker yang hebat seperti Tony Robbins, Jim Rohn, Datuk Dr Fadhilah Kamsah etc. Jika upline leader anda ada audio training atau rakaman-rakaman training yang lepas, download lah rakaman-rakaman tersebut ke dalam iPod anda. Lakukanlah perkara berikut sekerap yang mungkin dan isikan minda anda dengan motivasi dan ilmu-ilmu network marketing sebanyak yang boleh.

Kaedah Prospecting BMW 6 Series

Anda rasa masih sukar untuk mencari business partner? Jika Ya, Teknik 6 Series amat berguna untuk anda. Ketahui teknik yang telah diguna pakai oleh jutawan-jutawan internet networking terdahulu.

1. Flyers @ Surat Khabar

- Dapatkan flyers dari leader anda.

- Edarkan secara by hand, masukkan dalam peti surat, selit di wiper kereta, edarkan di masjid, surau, bank (tempat tulis borang), post office (tempat tulis borang), kedai runcit (minta kebenaran tumpang letak flyers di kedai dia), klinik, hospital, car park, car wash dan sebagainya. Ada je tempat orang boring kena tunggu lama2, anda letak je disitu.

- Untuk berjaya, setiap individu ‘WAJIB’ mempunyai 10,000 keping flyers dalam satu-satu masa.

2. SMS POWER

- Gunakan ‘Prospecting List” dan SMS menggunakan SMS blaster ke seberapa ramai kenalan @ saudara mara.

- Nyatakan perniagaan yang sedang anda jalankan

3. BLOG @ WEBSITE

- Bina seberapa banyak blog dan promosikan.

- Contoh blog: http://nizuan.ads4blog.net

4. EMAIL, CHATTING & INSTANT MESSENGER

- Gunakan kaedah ini semasa anda sedang berborak melalui internet.

- Emailkan segala gambar dan program yang anda sedang lakukan.

- Jangan cepat melatah dengan tentangan dari para pengguna sistem.

5. DIRECT APPROACH

- Gunakan business card atau sebarang cara untuk mendekati prospek.

- Tujuan ‘Direct Approach’ adalah untuk mendapatkan no. contact @ business card.

- Ringan-ringankan mulut untuk berbual

- Sentiasa ‘MAKE PEOPLE FEEL GOOD’

- Pakaian haruslah kemas & sopan.

- Jika anda mempunyai ‘scissors’ (jam mahal, handphone mahal, kereta mahal etc), gunakan sebaik mungkin.

6. DIRECT APPROACH + FLYERS

- Dapatkan flyers dan gunakannya untuk berborak dengan prospek anda

- Gunakan ayat-ayat seperti ini:-

“Tuan, ni ada berita baik. Kawan saya buat 6 bulan dah dapat beli BMW CASHHH!!” sambil mengulurkan flyers kepada prospek.

NOTA:

  1. Jangan berhenti memperkenalkan orang baru (recruitment)
  2. Cari orang yang sedang mencari
  3. Jangan bertangguh
  4. Jangan buat andaian awal dan keputusan untuk orang lain
  5. Ubah sikap (buang malu, jadi peramah, berani, suka senyum dan rajin)
  6. Prospect terhadap 3 golongan utama (HOT , WARM & COLD market)
  7. Prospecting dengan tools yang lengkap

Teknik Prospecting Seorang Jutawan Ads4Bucks

Bila sebut sahaja berkenaan dengan networking atau ‘Member Get Member’ atau ‘Word of Mouth’, kita tidak akan lari daripada aktiviti prospecting atau mencari business partner. Perkataan network itu sendiri membawa maksud membina jaringan. Setiap bisnes networking bermula daripada anda seorang, kemudian membiak dengan pesatnya bergantung pada strategi dan aktiviti anda.

Lagi agresif anda, maka lagi cepatlah ia berkembang dan kalau ikut ‘structure’ yang betul, lagi banyaklah wang mengalir ke akaun bank anda.

Saya andaikan networking ini serupa dengan institusi kekeluargaan. Bermula dengan seorang teruna, keluar mencari si dara, kemudian mereka berkahwin dan akhirnya mempunyai anak seterusnya berkembang ke cucu cicit.

Ataupun ibarat mengait benang. Bermula dengan kaitan yang pertama, hingga beribu-ribu kaitan yang akhirnya menjadi sehelai baju yang amat cantik dan sempurna.

Oleh itu tidak salahlah jika saya menyatakan di sini networking adalah satu proses membina empayar kewangan yang berkekalan hingga mampu pergi kepada “Zon Bebas Kewangan (Financial Freedom)”

2 Tujuan Utama Prospecting

1. Untuk balik modal

Untuk menyertai perniagaan networking sejumlah wang diperlukan sebagai modal. Sudah tentu anda mahukan setidak-tidaknya wang itu kembali kepada anda. Tiada cara lain melainkan menjual produk atau mencari ‘business partner’. Maka anda akan dibayar komisen seperti yang dijanjikan pihak syarikat.

2. Untuk menambah pendapatan (Increase Income)

Lagi ramai business partner dalam rangkaian anda, lagi banyak income anda.

Siapakah bakal business partner anda?

HOT MARKET

  1. Adik beradik
  2. Family
  3. Saudara mara
  4. Kawan karib

WARM MARKET

  1. Orang yang pernah kita jumpa atau kenal tapi tak terlalu rapat
  2. Kawan kepada kawan
  3. Jiran tetangga
  4. Kawan di surau
  5. Office mate
  6. Cikgu kepada anak-anak kita

COLD MARKET

  1. Semua orang di dunia ini yang kita tidak kenal atau tidak pernah berjumpa. Jumlahnya adalah infiniti. Di Malaysia sahaja ada lebih dari 27 Juta orang penduduk.

Antara 3 golongan di atas, yang mana kita nak approach dulu? Jawapannya senang..Approach semua golongan.

Perkara wajib yang anda perlu buat dalam prospecting

  • SMS semua Hot Market mengatakan anda buat internet networking business.
  1. Salam, saya buat perniagaan portal pengiklanan Ads4Bucks, confirm boleh buat duit, jika berminat call saya!
  2. Jom buat Ads4Bucks, modal Rm210 potensi Rm15K sebulan. Saya dah buat dan saya dah dapat. Berminat..? SMS saya untuk temujanji.
  3. Mempunyai masalah kewangan? Saya nak tolong.. Nak tahu caranya? Jumpa saya..!!

Kenapa saya minta anda berbuat demikian? Saya bimbang jika Hot Market anda join dengan orang lain. Anda juga yang rugi. Tak kecil hati ke? Saudara mara, adik beradik dan sahabat handai join dengan orang lain. Dengan hanya 1 SMS anda mungkin dapat selamatkan keadaan. Bila ada orang lain ‘approach’ mereka tentang Ads4Bucks, pasti mereka akan refer pada anda terlebih dahulu.

  • Buat prospecting list. Senaraikan seminima 200 nama insan yang terlintas di fikiran anda. Lagi ramai, lagi bagus. Jangan buat andaian awal ketika melakukan penyenaraian (Listing)
  • Si A dah terlalu tua, tidak minat atau sesuai dengan networking business.
  • Si B dah terlalu banyak wang. Selesa dengan kehidupannya. Ini salah, mungkin si B berminat untuk bantu adik beradik atak kawan-kawannya
  • Si C, pelajaran tidak tinggi, tidak pandai internet. Kita perlu sedar, semua orang berhak untuk berjaya.

Maklumat yang sebaiknya ada dalam prospecting list anda ialah NAMA, LOKASI, NO HP, KERJAYA, HOT BUTTON (MINAT), UMUR, dan CATITAN. Apa relevennya? Adalah untuk memudahkan anda approach mereka nanti.

Perkara Wajib Anda Perlu Buat Untuk Agent Baru

  1. Tunjukkan structure balik modal supaya agent anda tahu berapa orang bisnes partner yang diperlukan untuk balik modal.
  2. Beri kefahaman mengenai konsep perniagaan dan skim insentif.
  3. Bina goal setting (penetapan matlamat). Yakinkan kepada agent anda bahawa dia mampu capai asalkan goal setting itu logik dan beri sokongan dengan kata-kata semangat. Contohnya jika agent anda minat kereta, bawa dia ke showroom. Ambil gambar.
  4. Dapatkan tools untuk agent anda seperti majalah, keratan akhbar, starter kit, flyers dan buku “Born To Be A Millionaire”. Minta agent anda beli daripada HQ atau centre. Manusia berubah dengan 2 benda, iaitu orang yang dia jumpai dan buku yang dia baca.
  5. Minta agent anda buat prospecting list on the spot setelah dia join seminima 200 nama. Ajar macam mana nak approach.
  6. Buatkan tabletalk 3x untuk agent anda dan minta dia perhatikan betul-betul. Kali ke-4 minta agent anda buat dan anda pula perhatikannya. Perbaiki tabletalk agent anda jika perlu. Untuk tabletalk ke-5, beri peluang sekali lagi untuk agent anda perhatikan tabletalk anda.
  7. Involvement. Libatkan agent anda dengan segala aktiviti anda dan aktiviti kumpulan anda. Fokus pada aktiviti, income naturally akan ada. Sentiasa update informasi terkini dengan menghantar SMS kepada agent anda.
  8. Be a good organized leader. Hantar agent anda ke seminar atau kursus yang diiktiraf mengikut level kefahaman mereka. Income dan ilmu adalah 2 perkara yang berjalan seiring. Basic Training Course, Road to Success, Train the Trainer, Power Pack Sure Millionaire.
  9. Wajibkan seminggu sekali agent anda datang ke HQ atau centre. Pastikan mereka bawa setidak-tidaknya seorang prospek baru.
  10. Untuk agent yang full time, minta mereka buat minimum 4 tabletalk sehari dan bagi yang part time, 2 tabletalk sehari secara konsisten.

TO BE A GOOD LEADER, MUST BE A GOOD FOLLOWER. TO BE A GOOD FOLLOWER MUST BE A GOOD LISTENER FIRST.

ABILITY TO DRIVE PEOPLE FORWARD membawa maksud keupayaan membantu sub agent/ downline anda dalam perniagaan untuk pergi lebih baik dari sebelumnya. Bagi yang belum berjaya kepada yang berjaya dan yang berjaya kepada lebih berjaya.

Follow through terbahagi kepada 2:-

1. Prospek  => Sub agent/downline/ distributor

Setelah buat closing & handling objection di dalam tabletalk, prospek anda masih belum sign-up, jadi tanggungjawab anda follow up sehingga dia join. Tak semestinya tak join on the spot maknanya dia tak akan join dengan anda. Di sini kekuatan follow through anda menentukan segalanya.

A. Selepas proses tabletalk, hantar SMS kepada prospek anda tadi. Contohnya:

  1. Terima kasih tuan kerana meluangkan masa bersama saya. Apa yang saya cerita tadi adalah pilihan. Ada orang nampak dan ada orang yang tidak. Jika saya boleh buat, tentu tuan pun boleh. Yang membezakan kita hari ini adalah keputusan yang kita buat.
  2. Bro, thanks for the appointment. U join pun belum tentu I kaya, U tak join pun I tak rugi. Peluang ni untuk U, if U tak join, U yang rugi. I tetap buat duit hari-hari. Tak kesian ke tengok anak-anak, family and mak ayah terus hidup dalam keadaan macam ni? Diorang terpaksa hadapi semua ni sebab U tak ambil peluang depan mata. Sampai bila bro..? Kenapa I cakap macam ni? Sebab I care about U..
  3. Hai Kak/Abang, macam mana dengan pembentangan bisnes saya tadi? OK tak? Thanks for your time. Dah ramai orang buat kak, and dah ramai yang dapat. So kita buat jelah ye. Paling best kita buat sama-sama. Akak/abang follow je saya. I serve and guide you better. You can’t go wrong. Be the next millionaire!
  4. Salam tuan, dah 2 bulan kita tak berjumpa. Alhamdulillah walaupun tuan tak join dulu, hari ni saya dapat juga income RM15,000 sebulan.

Nota: Logic Make People Think, Emotion Make People Act

B. Call prospek anda tadi dan set appointment kali kedua. Katakan padanya, anda ingin membawanya ke HQ atau centre untuk pupuk kepercayaannya. Lebih baik lagi anda bawa top leader anda bersama untuk double closing.

Bagi saya, proses follow up prospek ini mungkin makan masa berbulan-bulan. Selagi prospek anda belum join, selagi itu kita perlu follow up. Sehingga prospek anda mengatakan “Tolong jangan call/SMS saya lagi, apa pun terjadi saya tetap tak akan join”. Jadi untuk tidak buang masa anda, sambil anda follow up, sambil itu juga anda terus mencari prospek baru. Keep on searching!

2. Prospek  => Sign up sebagai agent  =>  Berjaya!

Ini adalah proses kedua di dalam follow through. Cabarannya lebih besar dari yang sebelumnya. Setiap orang yang anda bawa dalam bisnes ini, mereka akan jadi agent/downline anda dan wajib anda bantu mereka berjaya selagi mana mereka ingin berjaya. Dengan syarat mereka mempunyai 3 ciri-ciri berikut:-

  • Teachable (Boleh diajar)
  • Willing to learn (Nak belajar)
  • Tak kurang ajar (Maksud kurang ajar disini bila mereka tidak mempersiapkan diri untuk belajar dan diajar, automatik mereka akan kurang ajaran/ilmu)

Kaedah Approach Seorang Jutawan

Approach adalah bertujuan untuk set temujanji.

Kaedah Approach:

1. PM – Percaya & Modal

Pergi kepada orang yang PERCAYA pada anda dan anda rasa mereka mempunyai MODAL untuk menyertai perniagaan anda walaupun dengan pakej yang paling minima. Jumpa mereka dan ceritakan tentang peluang perniagaan yang anda sedang lakukan. Gunakan kredibility anda untuk menarik minat mereka menyertai anda.

2. “Push Hot Button”

Contoh: JAMIL BIN OMAR

Penilaian saya berdasarkan propecting list saya, individu ini mempunyai kereta impian untuk dimiliki. Mungkin performance car seperti skyline GTR, sports car seperti Mazda RX8 atau setidak-tidaknya BMW 3 series. Maka, dengan pekerjaan beliau sekarang, ia hampir mustahil untuk memperolehinya. Jadi, kita boleh approach dia dengan hanya 1 SMS.

“Salam, Jamil, saya nak tanya pandangan awak. Antara Skyline GTR dengan BMW 6 Series, mana yang sesuai untuk saya? Please advise me..! If free kita jumpa sekejap, jom pekena teh tarik petang ni.”

Jika benar Jamil meminati kereta, pertanyaan sebegitu akan ‘disturb/menyentuh’ hatinya. Akan membuatkan dia teruja dan nak tahu apa yang anda buat sehingga mampu bertanyakan soalan macam ni. Jadi untuk berjumpa dengan anda bukan satu masalah baginya kerana anda telah berjaya menekan HOT BUTTON nya. Lihat, satu ‘appointment’ telah berjaya anda set..!!

Contoh: AMRAN BIN YAHYA

Penilaian saya individu ini mempunyai sumber kewangan yang tidak berapa kukuh untuk mendirikan rumahtangga, tambahan pula masih muda dan tentu saja baru melangkah ke alam pekerjaan. Keinginan beliau untuk berkahwin amat tinggi. Jadi apa perlu anda lakukan adalah SMS.

“Salam Amm, aku dengar kau nak kahwin tapi duit still tak cukup lagi. Betul ke? Aku ada satu jalan bagaimana untuk selesaikan masalah kau ni. Tapi kau kena la yakin dengan aku. Kalau betul program ni jadi. bukan RM5000 atau RM6000 yang kita dapat malah lebih. Aku jamin ko boleh kahwin bro.. Apa kata kita jumpe malam ni? Aku datang rumah jemput kau.”

Jika Amran berada dalam situasi yang tertekan untuk mendapatkan wang kahwin, dia akan berjumpa anda. Bagi Amran, ini merupakan satu peluang yang tidak sepatutnya dilepaskan. Kemungkinan untuk Amran join anda dan buat perniagaan bersama-sama anda adalah sangat tinggi kerana anda telah menekan HOT BUTTON nya.

“ORANG YANG HEBAT DI DALAM NETWORKING BUSINESS BUKANLAH ORANG YANG PANDAI BERKATA-KATA, TETAPI MEREKA ADALAH ORANG YANG PANDAI MEMBUAT PROSPECTING & APPROACH”

Nota: Di peringkat permulaan untuk buat penerangan kepada prospect yang anda pilih tadi, gunakan “third party (orang ketiga)” untuk buat tabletalk (presentation). Minta Top Agent atau Upline anda buatkan sebanyak 3 kali kemudian barulah anda buat sendiri. Pakai teknik 3+2 (3 kali upline buat, 2 kali anda buat, dia tengok). Ataupun bawa prospek anda ke sesi penerangan di HQ atau Centre.

Closing and Handling Objection or Rejection

Setelah melakukan presentation samada melalui tabletalk atau dengan membawa prospek anda ke Centre atau HQ anda pasti ingin memastikan prospek anda itu join dengan anda. Dengan ini ‘ The Power of Closing & Handling Objection’ amatlah penting, sekiranya tidak Closing akan jadi Losing. Tujuan closing adalah untuk membantu prospek anda membuat keputusan samada YES or NO.

Jika YES, that’s great. Anda telah berjaya..!!

Jika NO, why NO??

Semasa buat closing, paling penting hulurkan borang. Minta prospek isi borang dan sertakan bayaran mengikut pakej yang telah dipersetujui.

Ada prospek yang mudah dengan terus join tapi ramai juga yang mengutarakan pelbagai soalan sehingga boleh memeningkan kepala anda. Tapi jangan bimbang. Be Cool. Tips ini mungkin boleh membantu.

Prospek: Saya berminat nak join tapi saya tak minat/ tak pandai cari orang.

Anda: Encik, sepanjang saya berniaga belum pernah saya berniaga dengan makhluk selain dari manusia. Lagi pun saya bersyukur perniagaan seumpama ini memerlukan manusia untuk join. Kalau perniagaan ini perlu cari HANTU, confirm takde sesiapa pun nak buat. So U fikirlah betul-betul.

Prospek: Modal Rm210? Mahalnya, saya tak mampu

Anda: Betul tu..RM210 memang mahal. Tapi bagi saya, kalau dengan Rm210  ni boleh ubah kehidupan saya dan dengan Rm210 ni saya boleh menjana pendapatan Rm20K, tak salah saya mencuba. Kalau saya guna untuk makan or belanja apa-apa dengan RM210 ni, saya memang rugi besar..Betul kan? Tapi kalau U betul-betul tak ada duit apa kata U try pinjam RM21 dari 10 orang kawan. Tak kan la kawan pun U tak ada? (RM21 x 10 orang = RM210)

Prospek: Saya belum ada masa/ saya tidak ada masa

Anda: Saya pun tak ada masa. Tapi macam ni la, kita hidup ni ada 24 jam, U ada 24 jam saya pun ada 24 jam. Bill Gates pun ada 24 jam, tapi kenapa dia berjaya dan U tidak? Jawapannya mudah, sebab dia pandai uruskan masa dan pandai ambil peluang yang ada di depan mata. Saya bukan nak kata U tak pandai, U just kurang bijak sahaja. Takkan la dari 24 jam tu 2 jam pun U tak boleh luangkan masa untuk perniagaan ni? Kawan saya buat 4 jam sehari pun boleh jadi jutawan.

Prospek: Saya nak bincang dengan husband/wife

Anda: Betul tu..Kita harus berbincang dengan suami/isteri dulu. Tapi bayangkan jika rumah U terbakar, adakah U nak tunggu suami/isteri balik dulu baru nak selamatkan anak-anak U dalam rumah tu. U sanggup kehilangan sesuatu yang sangat-sangat berharga hanya sebab U tak boleh nak buat keputusan sendiri. U suami..U ketua keluarga, ni perkara baik. Takkan la isteri U nak halang.

Prospek: Saya nak join, tapi saya perlu faham semua dahulu.

Anda: HEBAT!! Dulu masa sekolah u terus ambil exam ke U daftar masuk sekolah dulu? Saya dulu daftar masuk sekolah dulu then baru boleh ambil exam dan berjaya seperti sekarang ni. So, kalau u betul-betul nak faham, U kena daftar dahulu. MAWI jadi kaya pun sebab dia daftar masuk AKADEMI FANTASIA. Apa jadi kalau dia tak daftar sebagai pelajar di AF?

Prospek: Company ni boleh tahan lama ker?

Anda: Dalam dunia ni tiada apa yang pasti. Kita pun tak tahu bila kita akan mati. Saya memang tak boleh beri sebarang jaminan. Tapi hal ni sama macam hidup kita. Selagi nyawa masih ada, perbanyakkanlah amal ibadat dan teruskan hidup seperti biasa. So, dalam bisnes ni selagi company masih ada dan bertahan, kita berusaha dan buat sampai berjaya. Sekurang-kurangnya hidup kita tidak sia-sia. Persoalannya sekarang, berapa lama pula U boleh bertahan untuk bersama dengan saya dalam bisnes ni.

Prospek: Ini skim piramid or skim cepat kaya ke?

Anda: Mestilah..Kalau ini skim lambat kaya U nak join ke? Actually ini program kaya cepat, U jangan salah faham. Lagipun U tahu ke skim piramid dan skim cepat kaya tu macam mana? Kalau tak tahu, macam mana U boleh kata ini skim cepat kaya dan skim piramid?

Prospek: Ada lesen ke bisnes ni?

Anda: Jika MLM, tunjukkan lesen Akta Jualan Langsung (AJL). Jika anda buat bisnes berlandaskan Affiliate Programme, tunjukkan sijil pendaftaran syarikat dan dokumen berkaitan yang mengesahkan perniagaan anda. Online Trading seperti Yahoo.com, Lelong.com & Ebay.com, pernahkah anda melihat lesen mereka?



 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>