Ads4bucks Services

 

Di ruangan ini saya akan ceritakan secara detail tentang produk-produk yang ditawarkan oleh Ads4bucks kepada setiap agen yang berdaftar. Terdapat Tujuh (7) jenis produk utama yang Ads4bucks sediakan, dan ianya berbentuk produk virtual, iaitu berbentuk maya (digital). Produk tersebut adalah seperti :

1. Portal Pengiklanan Ads4bucks

2. SMS Blaster ~ Bulk SMS

3. Blog Persendirian ~ Ads4blog

4. Virtual Office

5. Perpustakaan Elektronik (E-Library)

  • 500 E-Book (Pelan Perancangan Perniagaan)
  • Ultimate Business Guide (1,300 Kertas Kerja berformat ‘Isi Tempat Kosong’ mengenai Perniagaan, Kewangan Dll).

6. Ads4mall (kedai maya)

7.Audio & Video Streaming

8. Kad Bio-Energy Ads4bucks (Pemberian PERCUMA)

 

Portal Pengiklanan Ads4bucks

Ads4Bucks merupakan suatu portal jual beli serta pengiklanan terkini di Malaysia yang menawarkan peluang untuk anda mengembangkan perniagaan anda melalui Internet. Industri pengiklanan di Malaysia adalah suatu industri yang amat besar nilainya. Di zaman teknologi maklumat ini, kita tidak dapat menafikan bahawa untuk mengembangkan sesuatu perniagaan, kita memerlukan strategi pemasaran yang berkesan.

 

SMS BLASTER / BULK SMS

Apa itu Pemasaran SMS (SMS Marketing)?

SMS Marketing adalah teknik pemasaran yang digunakan secara meluas oleh pelbagai jenis perniagaan. SMS (Short Messaging Service), juga dikenali sebagai mesej teks iaitu mesej dihantar terus kepada pengguna telefon selular. Dari laporan hasil tinjauan yang dilakukan oleh Universiti tempatan, SMS Marketing telah menjadi saranan komunikasi yang paling efektif buat masa kini.

Pasaran & pengiklanan telah berkembang menjadi alat komunikasi utama, mencapai pelanggan melalui pemasaran SMS telah menjadi strategi yang semakin penting untuk perniagaan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Bulk SMS?

  • Bulk SMS adalah antara produk utama daripada Ads4bucks.com, yang menyediakan cara inovatif langsung pemasaran.
  • Bulk SMS adalah berasaskan web dan boleh diakses dari tempat manapun di dunia di mana anda boleh mempunyai akses internet, cukup masukkan username dan password anda dan anda siap untuk menghantar mesej.
  • ‘Sender ID’ boleh ditetapkan oleh pengguna
  • Digunakan untuk tujuan promosi, pengiklanan dan hebahan SMS kepada kumpulan sasaran.
  • Yang perlu anda lakukan adalah memilih penerima atau kumpulan, taipkan mesej, klik butang hantar dan SMS akan dihantar.
  • Merangkumi semua syarikat Telekomunikasi di Malaysia (012, 013, 014, 016, 017, 019)
  • Bulk SMS Gateway SMS Antarabangsa menyediakan capaian yang cepat boleh dipercayai dan diuruskan oleh profesional.
  • Sistem ini sangat efektif dan dapat menjimatkan masa serta kos.
  • Tidak ada latihan atau kemahiran teknikal yang diperlukan untuk memahami perisian.
  • Mudah digunakan dan dikendalikan.

Spesifikasi Sistem SMS Pukal (Bulk SMS System) :

  • Kadar Rata ke Semua Rangkaian
  • Top-up Kredit Terendah
  • Sender ID Tersendiri
  • Pengurusan Phonebook
  • Mengimport senarai nama melalui file
  • Senarai No Telefon Peribadi
  • Pengurusan Contact Group
  • Long Text SMS
  • Peringatan SMS Berjadual
  • Laporan Penghantaran
  • Menjimatkan Masa dan Kos

Kenapa Bulk SMS

  • Syarikat boleh mengeluarkan amaran langsung kepada pekerja mereka tentang keadaan kecemasan dan situasi kritikal…
  • Untuk menghantar maklumat penting kepada pelanggan atau pembekal utama, sehingga memastikan bahawa maklumat yang diterima oleh orang yang tepat…
  • Syarikat boleh menghantar memo kepada para pelanggan atau pembekal dalam pelbagai festival atau kesempatan lain…
  • Dapat digunakan untuk menghantar mesej kepada sejumlah besar orang pada satu masa, baik daripada senarai kenalan atau untuk semua pengguna dalam suatu area tertentu…

HARGA BULK SMS TERMURAH DI PASARAN !!!

  • 150 sms pertama setiap bulan hanya RM0.07 sahaja
  • Sms berikutnya hanya RM0.12 sahaja

Bulk SMS adalah sesuai untuk semua jenis perniagaan dan perkhidmatan, terutama dalam industri sasaran seperti :

  • Pengiklanan & Pemasaran, Pertanian, Seni & Hiburan, Perbankan & Kewangan, Charity & Fundraising, Computing & Internet, Construction, Dating & Love, Pendidikan, Perkhidmatan Kecemasan, E-Commerce, Makanan & Minuman, Pemerintah & Politik, Kesihatan, Perkhidmatan Awam, Property & Real Estate, Penerbitan & Media, Radio, Rekreasi & Kenyamanan, Recruitment, Agama, Gosip, Science & Nature, Perkhidmatan, Sukan, Telecoms, Televisyen, Travel & Pengangkutan, Policing & Penguatkuasaan Undang-Undang…

Sekarang tanyakan pada diri

Berapa peratus daripada pelanggan anda mempunyai telefon?

  • Berapa banyak khidmat pelanggan di Malaysia yang ingin berinteraksi dengan anda?
  • Teks mesej ke telefon jarang diabaikan – adakah anda mengambil keuntungan daripada kenyataan itu?

Jana Pendapatan Dari Sistem SMS Blaster

  1. Guna untuk mempromosikan perkhidmatan, perniagaan serta produk anda.
  2. Menyediakan khidmat penghantaran Bulk SMS dengan kadar tertentu. Mengikut kreativiti anda.

Blog Peribadi | Ads4Blog

Ads4bucks menyediakan perkhidmatan blog kepada agen-agen yang membeli pakej Gold & Platinum. Di blog ini anda boleh menulis tentang aktiviti perbadi atau perniagaan anda. Ads4blog juga menyediakan ‘tema’/ ‘Theme’ untuk anda pilih bagi mencantikkan penampilan blog anda.

Produk ini bernilai RM210 (Package Gold) dan RM420 (Package Platinum)

  • Blog yang menggunakan CMS (content management system) memudahkan penguna.
  • Mendapat sub-domain seperti http://nizuan.ads4blog.net
  • Contoh: blogger, WordPress

Blog kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dari golongan remaja, dewasa, pihak kerajaan, usahawan dan golongan profesional.

Blog boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan matlamat setiap orang seperti menjana pendapatan dan mendapatkan pelawat untuk laman web perniagaan anda dengan mudah melalui blog. Dan yang hebatnya, ramai juga para usahawan berjaya di dalam perniagaan dengan hanya menggunakan blog sebagai alat pemasaran mereka. Malah mungkin anda bakal mendapat hasil yang sama.

Sesiapa Sahaja Perlu Memiliki Blog

Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan Internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan.

Ia dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, anda perlu memiliki sebuah blog sendiri.

Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda! Jika anda seorang usahawan, sudah pasti produk atau servis anda akan diketahui akan kewujudannya oleh ramai orang!

Ramai yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika anda perhatikan, begitu ramai usahawan Internet memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang usahawan Internet, tidak memiliki blog adalah satu kerugian terbesar bagi anda dan perniagaan anda!

Blog adalah satu ‘tools’ (teknologi) yang amat berkuasa di dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik (pelawat, bakal pembeli) ke laman web perniagaan Internet mereka. Anda juga boleh melakukan seperti mereka jika anda tahu caranya.

Dengan Memiliki Blog, Anda Boleh:

  • Membina kredibiliti dengan menunjukkan kepakaran anda
  • Mendapatkan trafik ‘percuma’ ke laman web perniagaan anda
  • Melakukan program Google Adsense dan program Affiliate
  • Berkomunikasi dengan bakal dan pelanggan sedia ada anda
  • Mempromosikan perniagaan konvensional anda dengan lebih berkesan
  • Menambah rangkaian perniagaan (business partner) melalui Internet
  • dan banyak lagi!

Apakah Itu Blog?

Blog juga adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda.

Mengapa Nak Buat Blog?

Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:

  • Sebagai diari dan catatan harian
  • Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
  • Berbicara hal politik
  • Sumber pendapatan, iaitu sebagai cara untuk buat duit secara online

Namun, anda perlu bermula dengan betul dan bersistematik serta memerlukan satu strategi dan teknik yang berkesan. Membina sebuah blog tanpa pengetahuan dan perancangan atau panduan yang lengkap akan memberikan hasil yang sia-sia sahaja atau hanya melepas batuk di tangga.

Anda mungkin salah seorang daripada mereka yang tidak tahu membina blog sendiri dan bagaimana mendapatkan pelawat ke blog anda. Anda sering meminta bantuan orang lain, bertanya dan mencari namun masa anda terus habis begitu sahaja dan tidak dapat membina blog anda sendiri.

Mahukah anda terus membazir masa padahal ada jalan yang lebih mudah?Semakin anda membazir masa, semakin anda ketinggalan walhal orang lain terus jauh ke hadapan.

Apakah jalan yang mudah tersebut? Jawabnya adalah dapatkan panduan yang dapat membantu anda melakukannya sendiri walaupun tanpa menyertai bengkel atau pun sebarang kursus..

Adakah anda menghadapi masalah-masalah berikut untuk membuat blog…?

Masalah #1: Tidak tahu cara membuat blog

  • Tidak tahu di mana anda perlu mulakan
  • Tidak mempunyai asas teknikal untuk membuat blog dot com sendiri
  • Tidak tahu cara membuat blog yang mesra search engine
  • Tidak tahu di mana hendak mendapatkan hosting dan domain
  • Tidak tahu jenis blog apakah yang sesuai dan mudah untuk digunakan

Masalah #2: Tiada khidmat sokongan

  • Tiada mentor yang dapat membimbing anda sehingga berjaya
  • Tidak tahu bagaimana untuk mendapat sokongan secara one-to-one
  • Tidak mendapat sokongan bila anda memerlukannya

Masalah #3: Masalah mendapatkan trafik ke blog anda

  • Tidak tahu bagaimana hendak membina blog mesra enjin carian
  • Tidak tahu bagaimana ‘ping’ boleh mendapatkan trafik percuma ke blog anda
  • Tidak tahu Tip dan trik SEO di dalam usaha mendapat ‘ranking’ yang terbaik di enjin carian
  • Tidak tahu teknik mendapat trafik dengan “percuma”

Membina blog sendiri dengan melakukan “try n error” amat merugikan banyak masa dan tenaga. Malah blog anda mungkin tidak menjadi seperti yang diharapkan. Mengapa perlu membuang masa yang banyak sedangkan anda boleh melakukan perkara lain yang lebih menguntungkan anda? Kini anda tidak perlu lagi pening kepala untuk memiliki blog sendiri kerana kami ada jawapannya.

Ketahui Langkah Mudah Membuat BLOG dengan WORDPRESS.

Apa itu WordPress ?

WordPress merupakan platform blog yang popular dan boleh digunakan oleh sesiapa juga. Dengan menggunakan WordPress, blog anda akan kelihatan kemas, profesional dan mudah dikendalikan.

3 Sebab utama MENGAPA anda perlu menggunakan WORDPRESS sebagai blog :-

#1: Mudah untuk digunakan

  • Mudah untuk digunakan dan menu mesra pengguna
  • Mudah memasang tema / theme hanya dengan satu klik
  • Mudah mendapat rujukan dan bantuan kerana ramai telah menggunakannya
  • Mudah mendapatkan tools / plugin yang sesuai
  • Mudah mendapat liputan dari enjin pencari / search engine

#2: Mudah mendapat trafik/pengunjung percuma

  • Hanya beberapa langkah mudah, blog anda mendapat trafik yang memuaskan
  • Ping secara automatik menaikkan ranking anda pada enjin pencari / search engine
  • Blog anda sentiasa mendapat perhatian search engine seperti google, yahoo dan sebagainya.

#3: Fungsi Blog WordPress yang menarik

  • Fungsi schedule ataupun automatik post
  • Ruang komen untuk berinteraksi dengan pengunjung blog anda
  • Hanya satu klik menukar tema, menambah link, mengaktifkan plugin, menambah kategori
  • Pelbagai fungsi sentiasa dikemaskini dengan versi terbaru
  • Boleh dijadikan laman jualan, laman web statikblog perniagaan mahupun blog peribadi
  • Mudah menjana pendapatan dengan memasang link affliate, google adsense dan banyak lagi

Mudahnya Menggunakan Blog!

Adakah anda perlu menjadi seorang pakar IT untuk memulakan blog? Tidak sama sekali! Cukuplah jika anda pandai menaip dan menggunakan Internet, anda sudah mampu untuk memiliki sebuah blog (^_^). Contohnya seperti di bawah ni:

Anda hanya perlu taip artikel anda…

Dan ianya akan diletakkan dalam blog anda. Mudah kan ^^

Pendek kata, anda tak perlu bimbang mengenai design blog anda (boleh didapati dengan percuma), ataupun bahagian sidebar (kat sebelah kanan tu) yang nampak macam kompleks. Tiada kod-kod yang susah yang perlu dihafal. Cubalah sendiri, barulah anda tahu bahawa memulakan blog tidaklah sesusah mana.

Blog kini sedang hangat dipasaran. Tahukah anda blog semakin diminati dan popular sehinggakan ada blogger yang disaman?? Blog juga mendapat liputan meluas di media massa dan dikatakan mempunyai pengaruh besar terhadap keputusan pilihanraya ke 12 di Malaysia.

Ramai pula yang telah berjaya menjana pendapatan dengan hanya mempunyai blog. Ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan dengan hanya meletakkan link affliate, iklan dan Google Adsense di blog mereka.  Paparan di akhbar tempatan berikut adalah bukti blog semakin diminati dan dikatakan setanding dengan media elektronik yang lain.

VIRTUAL OFFICE

Virtual Office Ads4Bucks membenarkan agen-agen Ads4Bucks untuk melihat ‘business hierarchy’, pergerakan jualan kumpulan serta e-wallet mereka.

PERPUSTAKAAN ELEKTRONIK | E-LIBRARY

Dalam E-Library, terdapat dua (2) himpunan produk iaitu 500 E-Book Pelan Perancangan Perniagaan & Ultimate Business Guide (1,300 Kertas Kerja berformat ‘Isi Tempat Kosong’ mengenai Perniagaan, Kewangan Dll)

500 E-Book Pelan Perancangan Perniagaan – panduan untuk memulakan perniagaan anda sendiri.

Selepas mengenal pasti dan memilih satu peluang perniagaan yang sesuai, usahawan perlu membuat perancangan yang teratur supaya perniagaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sumber-sumber perniagaan dapat digunakan dengan lebih cekap. Selepas memilih satu peluang perniagaan, langkah seterusnya ialah menyediakan sebuah rancangan atau pelan perniagaan yang lengkap. Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan? Rancangan perniagaan adalah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan perniagaan yang hendak dilaksanakan.

Dokumen tersebut mengandungi maklumat yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan serta perancangan terperinci mengenai aspek pemasaran, pengurusan, operasi dan rancangan kewangan perniagaan. Rancangan perniagaan sering juga dikenali sebagai kertas projek atau kertas kerja.

Kepentingan Rancangan Perniagaan

Salah satu kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada peluang perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Banyak perniagaan gagal selepas beberapa tahun dilaksanakan. Ini disebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan rancangan perniagaan yang berkesan. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi, penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap merupakan langkah yang sangat penting.

Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalam perniagaan tersebut. Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan secara bertulis atau dalam bentuk dokumen seringkali diabaikan oleh usahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon pembiayaan. Sebab itu dokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihat sebagai memenuhi syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkan kebanyakan usahawan sukar menilai kepentingan dan keperluan menyediakan sebuah rancangan perniagaan.

Setelah permohonan mereka diluluskan (atau mungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk melaksanakan projek yang dirancang. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Oleh yang demikian maklumat yang terkandung dalam rancangan perniagaan berkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar usahawan. Sebaliknya ia cenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untuk meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan. Rancangan perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:

1. Rancangan perniagaan sebagai pelan atau “peta” yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.

2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat nggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.

3. Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.

4. Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

Pembaca Sasaran Rancangan Perniagaan

Memahami sasaran pembaca rancangan perniagaan adalah penting. Ini bertujuan untuk memastikan rancangan perniagaan yang disediakan dapat meyakinkan pembaca yang disasarkan. Pembaca sasaran merujuk kepada pihak yang akan menggunakan rancangan perniagaan berkenaan untuk tujuan-tujuan khusus. Antara pihak yang disasarkan adalah seperti berikut:

Usahawan

Pembaca atau pengguna utama rancangan perniagaan ialah usahawan. Sebagai pengusaha atau pemilik perniagaan usahawan perlu mengetahui selok-belok projek yang bakal dilaksanakan dengan terperinci. Oleh itu, penyediaan rancangan perniagaan dapat membantu usahawan merancang dan membuat keputusan dengan lebih berkesan. Di samping itu usahawan juga dapat menilai daya maju projek dari aspek pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

Bank

Bank dan institusi kewangan lain merupakan pihak yang boleh membantu usahawan memperoleh pembiayaan bagi melaksanakan projek perniagaan yang dirancang. Sebagai pembiaya, bank dan institusi kewangan memerlukan maklumat berhubung kedudukan kewangan perniagaan dari aspek kecairan wang tunai dan keuntungan perniagaan. Kecairan tunai dan keuntungan dapat memastikan kelangsungan perniagaan dan kemampuan perniagaan untuk membayar balik pinjaman yang dipohon. Oleh itu, pihak bank dan institusi kewangan perlu meneliti dan menilai rancangan perniagaan untuk memastikan perniagaan yang dirancang berdaya maju dan berkemampuan untuk membayar balik pinjaman.

“JIKA ANDA GAGAL UNTUK MERANCANG, MAKA ANDA MERANCANG UNTUK GAGAL”

SESUAI UNTUK

  • Bakal-bakal usahawan
  • Usahawan IKS
  • Mereka yang ingin membesarkan projek
  • Bakal-bakal Pesara , Para pelajar perdagangan dan pengajian perniagaan ,Semua individu yang berminat

Ads4bucks menyediakan 500 contoh kertas kerja pelbagai lapangan mengikut kesesuaian anda.

Pendapatan dari ePerpustakaan 500 Business Plan

Anda boleh gunakan contoh-contoh kertas kerja untuk kegunaan sendiri bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan sedia ada serta rujukan bagi perniagaan-perniagaan yang berpotensi untuk perancangan akan datang

Berdasarkan contoh-contoh kertas kerja, anda boleh memulakan khidmat penyediaan kertas kertas kerja yang mana kebiasaannya memberikan pendapatan kira-kira 2% daripada nilai pinjaman (contoh: RM200 daripada nilai pinjaman RM 20,000)

Contoh-contoh kertas kerja ini juga boleh dijual secara kolektif dengan kadar tertentu kepada mereka yang memerlukan. (10 Koleksi Kertas Kerja dengan harga RM10 misalnya).

Ultimate Business Guide

Ads4Bucks Ultimate Business Guide 1300 templates dalam file WORD dan dalam format ‘isikan tempat kosong’ berkenaan dokumentasi-dokumentasi Resolusi Lembaga,  Kertas Kerja Kewangan, Pelan Perancangan Perniagaan, checklist serta banyak lagi untuk kegunaan perniagaan anda

Ads4bucks Ultimate Biz Guide ini sesuai dijadikan panduan kepada siswa siswi dalam jurusan perniagaan atau mereka yang berusaha ke arah perniagaan yang lebih sistematik dan teratur. Ia juga membantu mereka yang terlibat dalam persatuan, komuniti, pertubuhan dan sebagainya dalam mengendalikan organisasi mereka. Ia memandu pengguna menyediakan minit mesyuarat, dokumen perniagaan dan laporan dengan teratur serta mengikut format yang betul.

Ads4bucks Ultimate Biz Guide ini sesuai dijadikan rujukan oleh setiausaha syarikat dan pembantu peribadi yang memerlukan panduan dalam menyediakan: – Surat rasmi – Cara-cara mengurus aduan- Leaflet – Notis dan iklan – Memo dalaman – Minit mesyuarat – Buletin atau newsletter – Penulisan e-mel – Penyediaan itenary – Laporan tahunan

Ads4bucks Ultimate Biz Guide ini juga memuatkan panduan menyediakan laporan. Format laporan yang diberikan juga disertakan contoh-contoh yang bersesuaian.

Ads4Mall ( Kedai Online )

Portal perniagaan yang bernilai lebih dari RM2000. Pemilik akan dapat menjual barangan mereka secara ‘online’ menggunakan ‘payment geteway’ kami sendiri iaitu Ads4pay ataupun ‘payment gateway’ anda sendiri

Audio & Video

Ads4Bucks juga menyediakan audio dan video streaming untuk semua agen secara streaming di backoffice agen.

  • Audio meditasi untuk gelombang minda manusia
  • Kelebihan: menghilangkan stress, meningkatkan kreativiti, meningkatkan kesihatan dan sebagainya
  • Disediakan dalam 5 tahap peralihan

Otak kita merupakan organ elektrokimia yang berkemampuan menjana elekrik sebanyak 10 watt!.Ia berbeza bergantung kepada tahap kesedaran, dan pelbagai aktiviti mental, dan digambarkan dengan 4 Tahap gelombang minda yang berlainan:

Gelombang Beta – “Akademik”

Gelombang Alpha – “Kreativiti”

Gelombang Theta – “Daya Fokus”

Gelombang Delta – “Tidur Nyenyak/Khusyuk”

Kesemua gelombang-gelombang ini memberikan hasil dan tindakan yang berlainan kepada otak dan juga diri kita. Apa yang menariknya, anda mampu untuk mengawal tingkah laku anda dan mutu kehidupan anda! Jadi, sekiranya anda tahu setiap fungsi gelombang di atas dan bagaimana untuk mengawalnya, anda cukup bertuah kerana anda yang mengawal minda anda, bukan emosi anda.

Gelombang Minda Beta

Gelombang minda beta dikategorikan sebagai aktiviti gelombang minda normal. Gelombang ini berada pada kitaran 13-30 HZ dan terhasil pada bahagian kiri otak. Kebiasaannya terjadi dalam keadaaan pemikiran yang logik, rasa tertekan, bimbang dan di tahap kesedaran yang penuh.

Gelombang minda beta dianggap sebagai sejenis gelombang yang normal. Ia adalah corak gelombang yang normal untuk minda orang dewasa. Manakala kanak-kanak memiliki gelombang minda Alpha. Jadi, gelombang minda terhasil bukan sahaja dari aktiviti yang kita lakukan, tetapi ia juga berkait dengan faktor umur seseorang.

Kelebihan meningkatkan gelombang minda beta

  • Kebolehan berfikir dengan cepat
  • Daya fokus yang tinggi
  • Meningkatkan IQ
  • Dapat menulis dengan cepat dan mudah
  • Berfikiran positif
  • Tubuh lebih bertenaga

Bagaimanapun, terdapat beberapa keburukan sekiranya tahap gelombang minda beta berada pada tahap yang tinggi. Berikut ialah akibat daripada keadaan tersebut :

  • Perasaan bimbang dan risau yang melampau
  • Tertekan
  • Paranoia
  • Ketegangan otot
  • Insomnia
  • Berfikir perkara yang bukan-bukan (Unwanted thought)

Bagaimana untuk meningkatkan tahap gelombang minda Beta:

  • Membaca buku-buku
  • Melakukan kerja rumah
  • Menyelesaikan soalan pengiraan/matematik
  • Minum kopi
  • Muzik

Gelombang Minda Alpha

Gelombang minda alpha merupakan aktiviti gelombang minda yang rileks.dengan kitaran atau getaran pada kadar 8 hingga 12 Hz. Kitaran ini biasaannya berlaku pada bahagian kanan otak. Ia merupakan corak gelombang normal yang dialami oleh kebanyakkan manusia dan berlaku apabila seseorang itu berada dalam keadaan rileks, kreatif dan mempunyai minda yang tenang. Ia sangat jelas hadir ketika seseorang itu sedang menutup mata. Jadi, tidak hairanlah kenapa dalam satu-satu situasi kita menutup mata untuk mendapat ketenangan.

Gelombang minda alpha juga dikategorikan sebagai kadar gelombang minda yang paling sihat dan cenderung dimiliki oleh kanak-kanak. Dan uniknya, tahap gelombang minda alpha kanak-kanak lebih tinggi berbanding orang dewasa.

Kelebihan meningkatkan gelombang minda alpha :

  • Menenangkan tubuh badan dan minda
  • Meningkatkan daya kreativiti
  • Meningkatkan kebolehan untuk menyelesaikan masalah
  • Mengimbangi emosi
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Meningkatkan tahap hormon serotonin – kekurangan hormon serotonin membawa kepada kemurungan
  • Meningkatkan daya pembelajaran

Bagaimana untuk meningkatkan tahap gelombang minda alpha:

  • Meditasi – kebiasaannya, tujuan utama meditasi adalah untuk menukarkan gelombang minda alpha ke gelombang minda theta. Lakukan secara rutin, pasti anda akan lebih bijak mengawal gelombang minda anda
  • Muzik – Muzik dapat meningkatkan tahap gelombang alpha. Tetapi, tidak semua alunan muzik sesuai untuk digunakan dalam melakukannya. Antara yang disarankan adalah dengan Ultra Meditation : 5-Level Transcendence System
  • Menonton Televisyen – Selepas 30 minit anda menonton televisyen, gelombang minda alpha akan mula terhasil.
  • Latihan Pernafasan – Cara ini bukan sahaja baik untuk meningkatkan paras oksigen di dalam tubuh tetapi ia juga bagus untuk mencapai keadaan tubuh berada dalam keadaan rileks.
  • Berimaginasi – Setiap kali anda menutup mata dan berimaginasi mengenai sesuatu, aktiviti gelombang minda alpha akan semakin meningkat. Berimaginasi lebih mudah dengan cara bermeditasi tetapi sekiranya anda tidak gemar bermeditasi, hanya dengan berimaginasi sudah cukup untuk mengaktifkan gelombang alpha di dalam otak anda!

‘Hyperfocus’ Dengan Gelombang Minda Theta

Gelombang Minda Theta merupakan gelombang minda yang kedua perlahan daripada kelima-lima Tahap Gelombang Minda yang terdapat di dalam otak seseorang manusia. Frekuensinya adalah di antara 4 Hz – 7 Hz. Ia merupakan peringkat awal bagi memulakan proses tidur ataupun mimpi. Jadi, gelombang ini mewujudkan minda separa sedar di dalam otak kita. Kita lebih mudah dikuasai oleh gelombang minda theta ketika kita tidak terlalu fokus.

Kelebihan mengalami gelombang minda theta :

  • Mengalami ketenangan yang mendalam – Gelombang minda theta tidak akan hadir ketika anda berada dalam keadaan sedar. Walaubagaimanpun, bagi kanak-kanak, mereka adalah dominan gelombang minda jenis ini yang menyebabkan mereka kurang stress dan merasa bebas.
  • Gerak hati – Ketika mengalami gelombang minda theta, gerak hati anda adalah lebih berkesan ketika membuat sebarang keputusan.
  • Mengurangkan kebimbangan, tekanan dan kegilaan – Peningkatan gelombang minda theta akan memperlahankan kelajuan pemikiran anda dan membuatkan anda berasa lebih tenang dan selesa.
  • Meningkatkan sistem imunisasi – Kehadiran gelombang minda theta dikatakan dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan kecergasan. Oleh kerana itu, ia sekaligus dapat meningkatkan tahap sistem imunisasi seseorang.
  • Kebolehan untuk ‘hyperfocus’ – Kebolehan ‘hyperfocus’ ialah kebolehan untuk mencapai tahap tumpuan yang amat tinggi dan bermotivasi dengan satu idea.

Masalah yang akan timbul sekiranya otak kita mengalami gelombang minda theta yang berlebihan :

  • Terlalu banyak berangan
  • Kemurungan
  • Sentiasa Mengantuk
  • Kurang keseronokan
  • Desakan yang keterlaluan
  • ‘Hyperactivity’

Cara terbaik untuk meningkatkan gelombang minda theta di dalam otak anda:

  • Hiburan gelombang minda
  • Mendengar muzik
  • Meditasi
  • Yoga
  • Membayangkan secara kreatif
  • Hipnosis

Cara kurang sihat dalam meningkatkan gelombang minda theta di dalam otak kita :

  • ‘Ponteng’ waktu tidur
  • Pengambilan ubat penenang
  • Meminum Alkohol

Dalam kelima-lima jenis gelombang minda yang terdapat di dalam otak kita, gelombang Theta adalah merupakan jambatan di antara dunia nyata dan dunia roh. Di mana, dengan kelebihan ini, anda dapat berinteraksi dengan diri anda sendiri secara lebih mendalam dan ia boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk membantu anda membuat keputusan yang sukar selain dengan usaha dan doa kepada Sang Pencipta. Pada waktu ini, anda akan mencapai tahap ketenangan yang maksimum, yang mungkin anda sendiri tidak dapat bayangkan.

Gelombang Minda Delta

Gelombang Minda Delta merupakan gelombang minda yang paling perlahan iaitu pada frekuensinya di antara 1 – 4 Hz . yang membantu penyembuhan yang ajaib, ilmu ketuhanan, kewujudan dalaman dan peningkatan personality, kelahiran semula, pulih dari trauma, “bersatu dengan alam universe”, ‘near death experience”, digambarkan dengan hanya seperti dalam keadaan tidur nyenyak atau koma.

Kad Bio-Energy Ads4bucks (Free Gift)

Kad ini dihasilkan melalui Teknologi Far Infared Ray (FIR) menggunakan ‘Serbuk Seramik Bio’ yang unik.

Menggunakan kaedah pembuatan yg dipatenkan & membantu dalam pelbagai aspek kesihatan & perubatan…

Kelebihan Kad Bio-Energy :
1. Melancar peredaran darah dalam tubuh badan manusia.
2. Meringankan stress & kelesuan badan serta meningkatkan kecergasan.
3. Efektif utk membunuh bakteria.
4. Mengaktifkan molekul air dlm tubuh badan dan air minuman.…
5. Menghilangkan bau yg kurang enak.
6. Membantu mengekalkan kesegaran bahan makanan di dlm peti sejuk.
7. Boleh membantu meringankan kesakitan seperti sakit kepala, sakit otot serta sakit belakang.

~ Kad ini hanya diberikan secara percuma kepada agen yang berdaftar di bawah Syarikat Ads4Bucks Network Sdn Bhd…

~ Jika anda ingin memiliki kad tersebut secara percuma, sila daftarkan diri anda sebagai agen kami…

~ Disamping menjaga kesihatan anda juga mampu menjana pendapatan tambahan…

Sila download” Laporan Saintifik dari Korean Far Infrared Ray Association di link dibawah:

Download Here

- English Version -

 

Advertisement Portal
http://www.ads4bucks.com
You are free to advertise any products, services and business you have. You can advertise unlimited numbers of products provided it abides by the Government’s law, rules and regulations, Terms and Conditions stipulated by the company 

There are 2 advertisements categories in this portal. All text ads are free of charge, whereby ads in form of banners are chargeable according to size and location. Non Ads4bucks agents are welcome to advertise their ads in our Advertisement Portal

 

SMS Blaster (Bulk SMS)

We arrange the SMS Blaster for you at a minimum and an uncompetitive rate preferably the cheapest in the market

Gold Buck Packages
For the first 150 credits every month, each sms (160 characters) will only cost0.018BP or RM0.07 upon accepting the Promotional option. After the 150 credits has been used up, from there on, the normal rate applies of USD0.03/SMS or RM0.12/SMS applies

Platinum Buck Packages

  • Under the Platinum Package every SMS sent will be charged a flat rate of RM0.07 each sms.

Personal Blog
Http://www.ads4blog.net
Personal Blog services are prepared for our agents under the Gold Bucks package and Platinum Buck Package. You can write your personal and business activities of choice. “Themes” are supplied for you to enhance your blog. 

  • Gold Buck Packages = Storage space provided is 50MB
  • Platinum Buck Packages = Storage space provided is 100MB

Virtual Office
Agents are permitted to browse through their business activities using the Back office (Virtual Office). You can check your hierarchy, group sales, e-wallet etc. 

You can find the link to E-library in the Virtual office.

E-Library
Topics Include: 

  • E-books — 500 e-books about Business plan (Business Programming plan) as reference/guidance to start you own Business. There is consistent uploads of NEW E Books of different categories, books you can read to help in categories such as Health, Food, Self Development, etc.
  • Ads4Bucks Ultimate Business Guide – 1,300 templates in Words file and “Fill in the blanks” format regarding Resolution Institution documentaries, Finance, Paper work, Business Programming Plan, Checklist and many more to guide you in the business field.

You must have Microsoft Word or Adobe Acrobat Reader to view or download.

 

Ads4Mall
  • Online Merchant Portal (unlimited space) worth more than USD500. The User will be able to sell ones merchandise by using our payment gateway (Ads4Pay – Coming Soon) OR your own choice of payment gateway. Your Shop ON-LINE, OPEN 24/7.         NO OVERHEADS… ONLY ONE TIME INVESTMENT

Ads4Mall Email Address
Your Own Personal Email Address Under Ads4Mall.com (Coming Soon!)

For your very own personal emailing purpose. Example: nizuan@ads4Mall.com

Audio And Video Streaming

We installed special soundtracks and videos that are relaxing, motivating and inspiring. These audio and video are not downloadable

You must have Adobe Flash Player plug-in in your browser

Bio-Energy Card

(Free Gift For Agents Ads4Bucks)

Ads4Bucks Bio-Energy Cards will be presented as a FREE gift when you purchase our Main product package (Affiliate Program). Nevertheless Bio-Energy Card consists of a high capacity value for body healing and health, if practiced daily.
You can find out more
( you can read the Agents Testimony available below)

What is Ads4Bucks Bio-Energy card ?

This card consists of Far Infrared Ray (FIR) technology installed in a card using a unique bio ceramic powder. It has been created to enable healing all health aspects pertaining appropriate human blood circulations.

What are the benefits of Ads4Bucks Bio-Energy Card ?

a) Improves the Micro-Blood Circulation
b) Relieves Stress & Fatigue
c) Improves Vitality
d) Effective in Killing Bacteria
e) Effective in Energizing Drinking Water Molecules
f) Activates Water Molecules in Our Body
g) Eliminates Minor Odour
h) Maintains Freshness of Food Stored in the Refrigerator
i) Lightens Migraines, Back Pains and Body Arthritis
j) Maintains Excellent Growth for Plants.

How to use Ads4bucks Bio-Energy Card on our body ?

Sticking it to any parts of your body is not necessary. Just store the card in your pocket or just slip it in your attire or under garments.

Why Bio-Energy Card is not flexible ?

The card was designed and produced for the convenience of the consumers with high quality to optimize effectiveness. It’s scientifically proven to help in certain elevate symptom in certain cases. Where Quality is concerned, it is similar to some of the other products such as the energy pendant, bracelet or the magnetic chain found in the market.
Ads4bucks is proud to present the Bio-Energy Card for FREE to our agents, mainly because we believe that health IS more valuable than ONES wealth ie. One Needs Health to enjoy One’s Wealth.

Please download the scientific report by Korean Far Infrared Ray Association link below:

Download Here

Does Ads4Bucks Bio Energy Card diminish odor ?

YES! Unpleasant odours in refrigerators, cars and even body odour can be diminished with the Ads4Bucks BIO Energy Card.

Is Ads4Bucks Bio Energy Card safe for children ?

This card is safe all ages including babies.

What is the lifespan of this card ?

Minimum lifespan of the Bio Energy Card is life times.

Is the Ads4Bucks Bio Energy Card for sale?

The Ads4Bucks Bio Energy Card is FREE for Ads4Bucks Agents ONLY when they become a new Agent (Affiliate Program) or FREE with each purchase of an Ads4Bucks Business Account.

Hak Cipta Terpelihara – LOT10 Group Ads4bucks 2010

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian didalam blog ini digunakan oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran pihak Admin, baik dalam bentuk menyalin, cetakan semula, elektronik, rakaman atau yang seperti dengannya.  Atau cara-cara lain, tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada Admin LOT10 Group Ads4bucks.

Comments are closed.