Sharing

Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa punca atau sebab mengapa sesebuah perniagaan itu gagal. Sering kali kita lihat beratus ribu perniagaan gagal. tetapi mengapa yang sebihnya berjaya? Pasti ada sebab mengapa sesuatu perniagaan itu gagal, di sini saya simpulkan beberapa sebab mengapa sesebuah perniagaan itu gagal………..

Berikut adalah sebab kegagalan perniagaan.Pastikan anda menjauhinya!

 

1.TIADA MATLAMAT

Tiada matlamat yang jelas mengenai apa yang ingin dicapai oleh perniagaan yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa setahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa tiga tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa lima tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 10 tahun dari sekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan. Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan motivasi untuk berkembang.

2.TIDAK MENGUTAMAKAN PELANGGAN

Pelanggan merupakan aset utama dalam apa sahaja perniagaan. Utamakan pelanggan, kerana apa sahaj perniagaan berfungsi untuk memenuhi keperluan pelanggan. Malah sering dikatakan dalam buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!

3.TIDAK USAHAKAN JUALAN

Keuntungan perniagaan datangnya daripada jualan. Amat jarang-jarang sekali sesuatu jualan datang dengan sendiri. Usahawan perlu berusaha untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskan untuk mendapatkan jualan demi jualan, kerana tanpa jualan, tiada keuntungan!

4.TIDAK SABAR

Naruli ramai usahawan adalah untuk, menjadi kaya dengan segera. Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu yang panjang dan bukan meraih keuntungan maksimum pada jangka waktu yang singkat.

5.GAGAL MELETAKKAN PRIORITI

Dikatakan, 20 peratus daripada usaha akan menghasilkan 80 peratus daripada pulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan prioriti adalah memberi fokus kepada 80 peratus usaha perniagaan yang hanya memberi 20 peratus pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yang tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20 peratus yang memberi keuntungan 80 peratus.

6.MELAKUKAN SESUATU DI LUAR BIDANG

Sebaik-baiknya, jalankan perniagaan yang memang dalam bidang kekuatan anda. Memulakan perniagaan yang bukan dalam bidang anda, hanya akan mengurangkan motivasi.

7.TIDAK MEMPUNYAI DAYA SAINGAN PADA PRODUK ATU PERKHIDMATAN

Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatu perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat, sama ada lebih baik, atau lebih murah, atau lebih pantas daripada pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan anda dengan pesaing, hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.

8.PRODUK TIDAK MEMENUHI KEPERLUAN PELANGGAN

Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan perniagaan. Namun, sekadar produk, masih tidak mencukupi. Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keprluan pelanggan. Mungkin anda ingin jual bahan kosmitek untuk memutihkan kulit, tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, bahkan menyebabkan kulit pengguna berminyak pula! Maka, produk tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.

9.PRODUK DAN PERKHIDMATAN PELANGGAN YANG TIDAK BERKUALITI

Zaman ini pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan. Disebabkan persaingan semakin tinggi,terdapat pelbagai pilihan yang boleh dibuat pelanggan. Produk dan perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.

10.GAGAL MENGENAI PASTI PELANGGAN

Siapakah bakal pelanggan anda? Di mana komuniti bakal pelanggan anda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimana cara anda boleh mencapai bakal pelanggan? Strategi perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran (niche market). Dengan menetapkan tumpuan pasaran, adalah lebih mudah untuk mengenal pasti pelanggan anda dalam melakukan sebarang jualan.

11.LEMAH DALAM URUSAN KEWANGAN

Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksi perniagaan diambil kira. Walaupun bunyinya mudah, namun terlalu banyak perniagaan membelanjakan lebih daripada apa yang diterima. Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlu mengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risiko yang telah diselidik.

12.GAGAL MENGIKUT TREND SEMASA DAN PASARAN

Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Umpamanya, satu ketika dulu, walkman menjadi pilihan utama muda mudi untuk berhibur, kini trend sudah berubah kepada pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan pasaran supaya perniagaan dapat dikemas kini mengikut arus zaman.

13.PERBELANJAAN OVERHEAD YANG TINGGI

Sering kali kos overhead memakan segala keuntungan perniagaan. Pastikan kos overhead pada paras minimum. Kos overhead termasuk kos elektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos internet, dan sebagainya. Kos overhead akan sentiasa dikenakan setiap bulan. Sekiranya kos overhead mencecah RM20,000 setiap bulan, maka keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 jika anda ingin dapatkan keuntungan.

14.TIADA PERANCANGAN PERNIAGAAN

Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakan pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan. Atur strategi pemasaran untuk mendapatkan lebih pelanggan. Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi kerana perancangan perniagaan yang lengkap.

15.PERANCANGAN TANPA TINDAKAN

Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakan susulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang, diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda belajar daripada kesilapan.

16.GAGAL BERHUBUNG DENGAN PEKERJA

Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa mengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluan pekerja kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan anda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi kepada mereka untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan perniagaan anda.

Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan, ia dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan. Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya rezeki perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan, gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha kerana kejayaan akan ditemui di sebalik kegagalan!

YouTube Preview Image

YouTube Preview Image

Mereka yang gagal adalah mereka yang

hanya pandai memberi alasan

Manakala mereka yang berjaya adalah

mereka yang pandai mencari penyelesaian

Jadi pilihlah samaada anda ingin menjadi

orang yang pandai memberi alasan, atau

kuat berusaha mencari penyelesaian.

Ingat !

Kita pasti tidak akan berjaya jika sering

memberikan pelbagai alasan

Habis ?

Mengapa masih perlu dan mahu cakap

itu dan ini? Mengapa masih beri pelbagai

alasan demi alasan?

Jika hadapi masalah, tak usahlah sibuk

memberi sebab dan alasan. Tetapi fokus

dan teruskanlah mencari penyelesaian.

Itulah tanda orang berjaya.

Tahukah anda, ada 3 sebab utama

mengapa kita mundur dan tidak berjaya.

 

SELALU FIKIR NEGATIF

SUKA BAGI MACAM2 ALASAN

MALAS

 

Dahla kita fikir negatif, bagi pula macam2 alasan.

Lepas tu MALAS pulak.Kalau macam tu lah kita,

maka habis cerita laaa, camne nak maju???!!!

Semoga saya dan tuan2 semua dapat kikis

3 sifat/tabiat buruk yang disebutkan tadi.

Amin.

 

TIADA SIAPA YANG PAKSA KITA UNTUK JADI

SUSAH, SEDANGKAN KITA BOLEH SENANG

DENGAN MEMBERI PELUANG PADA DIRI

KITA SENDIRI

 

Anda Tidak Perlu “PERFECT” untuk jadi JUTAWAN !!!

PELUANG telah terbentang di depan mata,terpulang

kepada kebijaksanaan anda untuk

membuat PILIHAN…

Marilah kita secara jujurnya mengakui bahawa bisnes MLM secara tradisi amatlah perit dan mencabar. Membuat panggilan dan mengatur pertemuan dengan prospek setiap hari bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.  Selain mematahkan semangat anda, ia juga boleh mengosongkan poket anda. Andaikata anda tidak punya kekuatan dalaman yang luarbiasa untuk bertahan sehingga melepasi dugaan peringkat awal ini, nescaya anda akan kecundang.  Saya bukan menafi kebolehan anda dengan mengatakan anda tidak mampu melakukannya. Saya katakan kebanyakan orang sememangnya tidak mampu.
Inilah golongan yang akan mati sebelum berjuang ataupun mati di perjalanan sebelum berjaya mencapai matlamat sebenar. Sejujurnya saya katakan saya adalah salah seorang dari golongan ini. Noktah.
Terdorong dari kegagalan masa lalu, saya telah menemui jawaban kepada punca mengapa lebih 90% usahawan MLM gagal. Jika sekarang saya katakan bahawa, kaedah pemasaran saya mampu menjana pendapatan dan kejayaan yang sama hebatnya berbanding kaedah terhebat cara tradisi, tidak inginkah anda mencubanya?
Perbezaan besarnya, kaedah saya tidak memerlukan anda keluar meninggalkan rumah, malahan berpeluang jana pendapatan lumayan dari keselesaan bilik anda sahaja. Apa pilihan lebih baik yang anda boleh fikirkan?

Anda berhak tahu bahawasanya lebih 95% penggiat MLM kecundang pada peringkat 3 bulan pertama penglibatan mereka? Bukankah ini suatu fenomena yang menakutkan?  Anda terpaksa terima hakikat pula bahawasanya baki 5% lagi yang berjaya melepasi laluan sukar selepas 3 bulan akan terus mara sebagai wira MLM. Mereka inilah yang mendominasi pasaran sebagai Jutawan2 MLM.

Jadi kenapa perlu berfikir hal yang bukan2. Masalah sebenar telah saya nyatakan melalui statistik yang diakui sehingga peringkat global. Yang jelas, tembok penghalang besar diperingkt 3 bulan pertama harus diruntuhkan dahulu sebelum kita boleh bercakap tentang kejayaan MLM. Mimpi ngeri hilang masa, hilang duit, hilang kawan, hilang sabar , hilang kualiti keluarga, patah semangat dan mati perjuangan harus ditangani terlebih dahulu.

Inilah masalah besar yang perlu mendapat perhatian dan diberikan jawaban menanganinya. Inilah sebabnya juga saya ingin berkongsi bersama anda kaedah pemasaran online yang saya temui ini. Anda perlu yakin, kaedah online ini bakal merubah segala tanggapan menakutkan tentang MLM terutama mengenai pengalaman pahit getir diperingkat awal penglibatan. Anda tidak perlu risau lagi untuk bangun semula jika pernah kecundang sebelum ini. Kepada yang belum pernah terlibat dengan MLM, anda berpeluang mencipta kejayaan dengan langkah yang betul dari peringkat mula lagi. Tahniah kepada anda yang bijaksana memilih kaedah  Ads4bucks Online yang akan saya perkenalkan ini.

 

Hak Cipta Terpelihara – LOT10 Group Ads4bucks 2010

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian didalam blog ini digunakan oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran pihak Admin, baik dalam bentuk menyalin, cetakan semula, elektronik, rakaman atau yang seperti dengannya.  Atau cara-cara lain, tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada Admin LOT10 Group Ads4bucks.

Comments are closed.